Thursday, August 18, 2011

Salam,

alhamdulillah,meeting tadi berjalan dengan lancar,gembira berjumpa dengan adik2 pelapis baru.khusyuk mendengar tazkirah dari haliff-head bureau for sport&recreation & ali-wakil dari biro dakwah&tarbiyyah.terasa hati macam ada pengisian walaupun terkejar-kejar untuk ke meeting selepas menunaikan tarawih.sesungguhnya ALLAH tu maha pemurah lg maha penyayang.masih lagi aku diberi peluang untuk mencari keredaaan-NYA.

haliff berkongsi tentang pengalaman beliau ketika bersama-sama dengan seorang warga amerika yang memeluk islam.teruja dengan tujuan datang ke Malaysia adalah untuk berdakwah,insyaALLAH,semoga Allah permudahkan urusannya.apa yang aku dapat daripada tazkirah tadi,kita sebagai umat islam yang tinggal dalam keadaan yang bebas beragama,patut bersyukur & menggunakan kebebasan dengan sebaiknya terutama dalam mengamalkan ajaran islam.tidak seperti di Amerika sendiri yang jelas terangnya,menurut apa yang diceritakan oleh warga amerika itu,hampir 50 rancangan televisyen digunakan sebagai medium utk menyebarkan dakyah kristian sendiri.Cuba bayangkan kalau kita yang lemah imannya,goyah aqidahnya,bagaimana agaknya kita mampu melawan dengan dugaan sebegitu.syukur ya allah,aku hidup dalam keadaan yang aku sendiri mampu berdamping dengan mereka yang berilmu,saling tegur-menegur,mementingkan solat,dan sebagainya.

manakala ali pula diminta menghandle slot pengisian.adik2 diminta membina bangunan menggunakan straw & kertas mengikut kreativiti masing2.tugas aku sebagai trainer hanya mampu tergelak bila melihat macam2 bentuk bangunan yang direka.ada yang macam bakul,pyramid etc.etc.kate pelajar engineering,mestilah kreatif kan?(:
selepas tu ali menerangkan rasional tugasan yang diberikan.tapak bangunan yang dibina melambangkan akidah kita sebagai umat islam,jika akidahnya kuat,ibadahnya sahih,insyallah mampu melahirkan insan yang berakhlak mulia,ikhlas dalam beribadat.iaitu hasil bangunan yang direka sendiri.contohnya,kita beribadah siang dan malam,menjaga solat,melakukan ibadah sunat,tetapi masih melakukan perkara mungkar,menghampiri zina (bercouple),hisap rokok,adakah itu dikira ibadah yang sahih?adakah itu bersesuaian dengan refleksi ibadah yang kita lakukan?hmm,tepuk dada tanya iman.

aku masih lagi belajar dan masih banyak khilafnya.belajar untuk berubah.sesungguhnya allah itu maha pengampun.mohonlah keampunan dari-NYA selagi masih bernyawa(: