Sunday, August 21, 2011

istiqamah

salam,

semalam,amel bertolak ke temple university & sorry amel tak dapat nak sent kau.tapi aku akan selalu doakan kawan aku sentiasa selamat dan pekerjaannya sentiasa diredai Allah.aminn.(:

Alhamdulillah,kini menjelanglah 10 malam terakhir bulan ramadhan,muhasabah diri sama ada kita mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangan syawal ,atau mempertingkatkan iman sebelum habisnya ramadhan?

 Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibukalah pintu-pintu surga, ditutuplah pintu neraka dan setan-setan dibelenggu Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim: 1793


so,sejauh mana persiapan yang telah kita lakukan.?secara jujurnya dulu,aku sangat jahil tentang besarnya barakah dalam ramadhan,berpuasa hanya sekadar kewajipan atas setiap muslim tapi tak ambil apa-apa manfaat atas peluang yang diberikan.habisnya ramadhan tanpa rasa apa2 mahupun rindu akan ketibaan nya pada waktu akan datang,sebaliknya teruja untuk menyambut Hari Raya.sesungguhnya berbelas-belas tahun hidup aku berada dalam kerugian.kalau dibandingkan cara umat islam pada zaman dahulu dengan zaman sekarang menyambut ketibaan ramadhan,sangatlah berbeza.jauh.dan sangat menyedihkan.



RamadanSatu nasib tak serupa
Peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka Gemilang cemerlang, mukmin berjasa
Di awal zaman
Ramadhan kami, malam terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergiannmu
Malam mereka meriah disimbah Nur Al-QuranTapi malam kami pulang bertemu dangdut
Mereka berlumba mengejar ruang-ruang
Tapi kami, lesu diburu nafsuHati mereka,bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa
Takbir mereka, takbir kemenanganhadiah mujahadah..sebulan RamadanTakbir kami, lesu tak bermayaadakala lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga
kita sebagai umat islam,hargailah kedatangannya dengan sebaik mungkin.jangan hanya dalam bulan ramadhan sahaja kita berebut-rebut mencari keredaan-Nya tapi teruskanlah pada bulan2 yang seterusnya.ISTIQAMAH dalam beribadah,diberi contoh jika ada tetamu yang datang ke rumah kita.seorang tetamu yang datang awal & membawa buah tangan & seorang lagi tetamu yang datang lambat sedikit tanpa membawa apa-apa.siapa yang perlu kita dahulukan?tentulah tetamu yang datang awal & yang membawa buah tangan kan?begitu juga ramadhan,ia yang datang dahulu dari syawal dan membawa seribu keberkatan tapi kenapa kita masih lagi mengagungkan ketibaan bulan syawal?
bersamalah kita mengutip keberkatan pada 10 malam terakhir & insyallah dipertemukan pada malam lailatul-qadr.amin ya-rabbal alamin(: