Monday, November 26, 2012

life 1

Assalamualaikum wbt.

Hampir 3 bulan aku menjejakkan kaki ke UIA dan sepanjang 3 bulan aku belajar mencari identiti diri.Apa tujuan hidup dan kepada siapa setiap pekerjaan,ibadah kita diniiatkan.Sepanjang 20 tahun aku bernafas,baru sekarang aku sedar betapa 20 tahun yang berlalu penuh dengan perkara lagha dan sia-sia.

Tujuan belajar.

Disebabkan penghayatan agama yang kurang & cetek setiap kali menuntut ilmu,setiap ilmu yang diterima digunakan dalam peperiksaan sahaja dan bukannya dalam aktiviti harian.Objektif utama utk mendapat 'dean-list' dan memberi kepuasan kpd diri sendiri,ibu bapa,lecturers.Dan tanpa aku sedar misi hidup semakin terpesong dan lupa tanggungjawab sbg khalifah di bumi ALLAH SWT.terlalu mengejar perkara dunia,sukar untuk menghadapi ketenangan & kebahagiaan yang sebenar.sedangkan

Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu hati akan tenang Ar Raad: 28

Ya Allah,bukan kejayaan tanpa keberkatan yang aku inginkan tapi kejayaan dunia & akhirat dilimpahi dengan keberkatan &keredaan dariMU.Kau berkatilah setiap ilmu yang kau curahkan agar dapat aku manfaatkan utk persediaan di akhirat kelak.

                    "We put our "DUNYA" in our pocket,at the same time put ISLAM in our heart<3"
Wallahu'alam

2 comments:

Umayr said...

Assalamua'alaik.
May ALLAH yusahhil kak Najihah~~ ;D
Fatahallahu'alaik.

Rindu seribu kali rindu,
Amirah.

Najihah Jieha said...
This comment has been removed by the author.