first of all nak ucapkan takziah pada ayah kawan aku yang kembali ke rahmatullah,semoga rohnya dicucuri rahmat & bersama orang yang beriman.AL-FATIHAH.
Sepanjang hidup aku sebagai anak pure-melaka ni*even not 100% sebab keturunan ayah aku jawa but we've stayed in melaka berabad lamanya,i've been rained with thousand of same question.
"Jihaa orang melaka ni memang kasar ekh?"
Okay,that's cepumas.but in reality it's true.Side ayah aku even duduk melaka tapi setakat ni tak nampak pulak terkena tempias kasarnya.tapi nampak jelas dekat side mak aku.side nenek-nenek-nenek atas-atas tapi nenek aku still lagi boleh control & mak aku Alhamdulillah selamat.Biasalah bila balik kampung nenek aku je kawan atuk aku datang rumah,or kawan2 pakcik aku datang.
"Eh,lahabau kau baru nak nampak batang hidung,sial betul.! "
hahaha ini betul,kepada sesiapa yang lemah semangat baik jangan datang.Bagi kitorang ni,siap boleh tepuk tampar bahu.Come on mann! normal okay.biasalah tu.
Tapi jangan salah anggap,diorang sebenarnya niat baik even bahasa kasar tapi lembut hati,serius.atuk aku boleh tahan kasar tapi bila cucu balik rumah punyalah lembut hatinyaa.btw u can read this blog.beliau telah memperjelaskan segala salah-faham tentang orang melaka ni.dan janganlah terkejut bila datang rumah orang melaka tiba-tiba makcik keluar bawak parang.haha.Orang Melaka cakap kasar & straightforward sebenarnya,mana lagi baik,mengumpat belakang or cakap depan?
Dan aku admit,aku pun kadang-kadang kasar juga bahasa tapi niat aku bukan nak hina or malukan kawan-kawan.memang dah gaya bahasa aku macam tu tapi act,aku care pasal korang.ececehh.haha.serius.hmm.and sorrylah pada sesiapa yang pernah terasa dengan wordss aku.anggap macam latihan psikologi bila korang dekat melaka nanti yoo.
Lagi satu orang melaka sangatlahh pembersihh,sangat weh,nampak sangat dekat both of my grandparents.nenek aku memang pantang nampak habuk atas carpet.aku rasa most of time dieorang habiskan untuk kemas rumah sahaja.everytime balik kampung mestilahh nenek/atok aku tengah menyapu.and menyapu pada awal pagi & lewat petang was really verythetrue.atok aku paling rajin kemas dapur,kadang-kadang awal subuh bangun basuh pinggan,lap lantai memanglah kalah rumah aku.Kadang-kadang bila nenek aku datang rumah,die yang tolong kemaskan rumah.haha.pemalas punya cucu.mana taknya nenek aku datang time baru habis makan,mestilah rumah bersepah kan.(:
Kalau dalam family aku,ayah aku yang paling-tak-boleh-kompromi bab hygiene ni.kau janganlah buat rumah bersepah-berhabuk-pinggan tak basuh hmmm memanglahh kena bebel.benda yang paling scary dalam rumah ni apabila ayah aku dah start kemas dapur,time tu mak,anak,adik,aku semua dah telan air liur,tahan jelah kena bebel nanti,sebab bila ayah aku dah kemas dapur means that die punya kemarahan tu dah cecah tahap maksima.time tu masing-masing mencecet pergi cari benda nak kemas*konon nak tunjuk rajin jugaklah haha.
Baru-baru ni one of neighbour dekat kawasan perumahan lain kena kompaun sebab tak jaga kebersihan rumah.Pakcik tu berniaga and of courselah banyak sampah-sampah dekat belakang rumah dia.Rupa-rupanya jiran dia yang buat aduan pasal kotor tu.Last-last kena saman jugak pakcik tu.Sabar pakcik yee(:
Dulu time masuk secondary,aku sebut pencil-box 'pelopak' u know.Rasa macam alien bila orang tanya balik "whadda heck is pelopak??" lopak air?? tiba-tiba rasa terpencil.sebab dekat sekolah aku percentage orang melaka berapa kerat sangatlah kan.even ada orang melaka,ada jugak yang tak tahu.Last-last kena jadilah orang bandar.pencil-box okayy..
Then yang paling truetrue sekali aku pun tak faham mostly jiran-jirang dan seluruh melaka rajin benau (benar) mengecat rumah.Kalau boleh tiap-tiap raya nak tukar rumah baru.haha.Even takde benda nak cat,die mesti cari jugaklah benda yang nak cat.Rumah aku pun sama.Tiap-tiap tahun ada je tong cat datang rumah.Kadang-kadang tanya jugak ayah aku,kenapa kita selalu cat rumah? Then dia cakap,mestilah rumah kena cantik,orang nak datang rumah,kena tunjuk yang terbaik."baiklah ayah.
Kalau bercakap je mesti nak ada 'u' dekat depan tapi certain words jelah.ayat yang paling famous.
"Ulau melingkau atas pagau"
Ok! pass jadi orang melaka.(:
Finally,And i'm proud jadi orang melaka! yuhuuuuuuuu*waving flag*
Salam.
2 comments:
masa aku sekolah rendah durian daun, fasihah pun cakap pencil case tu pelopak. hehe
jumpa geng,aku pun rasa mcm igt2 time dkt stf seha pernah ckp pelopak.hahaa
Post a Comment