Friday, March 16, 2012

terbuka hati menerima teguran.

assalamualaikum,

Kisah ini mungkin agak memalukan diri aku sendiri tapi sebenarnya it's good to share something beneficial right?like my former-SIR said,
"sharing is caring but sometimes its hurt"(:


one night,aku tengah khayal baca chem then suddenly dapat text ada meeting.it's almost 10.00 pm dan masa tu mmg rasa penat letih sbb baru balik dari dinner,mula-mula memang rasa berat hati,badan segala benda rasa macam berpinar*syndrom malas*then aku gagahkan jugak sebab amanah aku dah sampai,mcm doctor on-call lah kan,when dapat call terus je meluru ke hospital.

  • Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak beramanah dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak menepati janji” (Riwayat Ahmad).
  • “Tiada iman pada orang yang tidak beramanah” (Riwayat Ahmad)
cuak tak cuak baca hadis atas ni.aku pun dengan pantas sekilatnya salin pakaian terus ke meeting.rembat segala buku sebab aku tahu aku dah lambat.time sampai je meeting,sisters&brothers lain dah start discussion,aku ambil tempat dekat belakang buat minit mesyuarat then pantau tentang ikhtilat mereka.rasa mengah&pening still tak hilang sebab venue meeting ni nun atas bukit yang kau memang kena tabah dan sabar time nak mendaki,if anak tangga boleh terima lagi tapi ini adalah benar-benar bukit.

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan)dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153) 

then,lepas habis satu meeting,tiba-tiba aku diberitahu ada satu lagi meeting tapi di tempat yang lain,dan time tu hampir pukul 11.00pm.terdetik bila aku nak study sebab next week ada 3quiz and weekend ni aku balik rumah.ya allah.permudahkanlah urusanku.aminn.aku pun bergegas pergi ke venue satu lagi.bila sampai je start meeting dan habis dalam pukul 12.00am.masa tu memang rasa nak balik cepat sebab rasa tak sedap hati.dalam perjalanan balik dengan seorang lagi sister,tiba2 ada seorang brothers tegur,"kak jiha kejap!"aku pun toleh,"tadi time meeting nampak aurat k.jiha",masa tu rasa macam jantung aku dirobek-robek.ya allah,malunya,malu sebab aku dah buat dosa dan tambahkan dosa brother tu,memang aku tak sedar sbb biasanya sebelum meeting aku memang check attire aku fully complete & tak timbulkan sebarang kemungkinan yang mungkin berlakunya fitnah.tapi kenapa malam tu aku boleh cuai tak bersikap tak endah.lepas aku minta maaf dekat brother tu and say thanks sebab tegur aku terus pergi dengan kawan aku,kelu tak tahu nak cakap apa.kawan aku hanya mampu tersenyum dan beri nasihat.

mungkin ada hikmah benda ni berlaku,selama ni if orang tegur kesilapan aku,memang aku agak berat nak terima dengan hati yang terbuka,dari 100%,mungkin 75%/50% input yang aku ambil tapi kejadian ni memang buatkan aku sentiasa muhasabah diri.mungkin ada silap,khilaf yang aku buat yang menyakitkan hati orang lain.jika ya,minta maaf.

dan aku perlu lebih berhati-hati dalam soal aurat lepas ni walaupun aku sedar berbagai cabaran yang kena tempuh untuk istiqamah.ya mudah untuk berubah tapi sukar untuk istiqamah.insyaALLAH.dan untuk muslimah di luar juga&kawan2 aku sendiri,jagalah aurat kita semua even dekat mana pun korang berada,mana yang lebih bernilai bagi kita?samada gula2 yang dihurung semut atau yang masih lagi berbalut kemas?kita adalah bernilai dan hanya mereka yang betul2 layak sahaja berhak memiliki.jangan rendahkan maruah & taraf sebab ISLAM mengangkat darjat kaum wanita.insyaALLAH,yakin dengan janji ALLAH, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik.amiin(:


wassalam