Thursday, May 12, 2011

Each One is Unique with Their Own Specialities

Salam,


"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Ibrahim: 7)

aku ada seorang kawan yang aku rasa hidup dia memang sangatlah sempurna.memang sejak kecik lagi dengan dia aku main soroksorok,kayuh basikal pergi sekolah samesame,main anak patung dan tak terkira.aku selalu cemburu dengan life dia sebab apa yang dia nak mesti parents dia akan bagi.tapi kalau aku nak something,aku mesti tunjuk result bagus baru boleh dapat apa yang aku nak.memang hidup ini unfair sebenarnya.dulu memang tak matang lagi so memang tak tahu ayat "ada hikmah di sebalik yang berlaku".

suatu hari parents dia beritahu mak aku yang family diorang akan berpindah.memang aku sedih gila sebab dia sahaja kawan aku yang paling rapat.setahun selepas dia pergi,family aku pindah tempat lain,then finally we're lost contact.one day,in 2004,aku pergi public speaking competiton di sebuah sekolah daerah melaka tengah.then suddenly ada one girl wearing pinafore datang tarik tudung aku.aku terkejut then baru aku cam tu adalah kawan aku time kecik2 dulu.actually,dia pun wakil sekolah dalam public speaking.kitorang sempat tukar numb. dan alamat.memang aku gembira sangat dapat jumpa dia.(:

then,dia dapat tawaran mrsm dan aku hmm.sekolah tulah kan.bila keluar result spm,dia dapat scholar untuk ke oversea.memang result dia gempak so tak boleh nak argue sangatlah kan.haha.sampai sekarang kitorang still contact.parents dia decide nak send dia belajar ke Aust,pa&ma scholarship,it's okay then sbb dia kaya.but she refuses.then dia call mengadu pada aku yang parents dia mengongkong life and everything parents dia yang buat keputusan pasal future dia.

"kalau aku tahu mcm ni jadinya,tak dapat straight A's pun aku tak kisah wey"

dan aku rasa semua orang takkan realize benda ni.kadang2 pun kita tak sedar perlakuan kita sendiri seolah-olah menolak takdir tuhan.setiap orang ada keistimewaan masing2.tak kisahlah kau tak pandai,tak lawa,miskin,annoying,tuhan tak pernah pandang pun benda tu.then i told her.

"kau sepatutnya bersyukur sebab kau still ada parents,ada orang yang ambil berat pasal life kau,cuba kau bayangkan
orang lain yang tak dapat menerima pelajaran sempurna mcm kita,yang still lagi hidup kemiskinan,mundur,takde pegangan hidup,kau patut bersyukur kau dilahirkan dalam keluarga islam,dah ditunjuk dengan jelasnya kebenaran islam,mendapat hidayah,kau diberi nikmat iman,kesihatan,kebahagiaan,kekayaan,kalau dikira nikmat tuhan pada diri kita,aku rasa sampai akhir hayat kau pun,masih lagi ada yang tak terkira."



aku tahu apa yang kita nak tak semestinya kita boleh dapat dengan mudah.aku dah banyak kali menghadapi keadaan sebegitu,mengeluh kenapa doa aku tak diterima dan selepas benda tu berlaku baru aku faham kenapa tuhan lakukan sebegitu.dan alhamdulillah,segalanya merupakan benda yang baik untuk aku.tak kisahlah korang tak dapat scholar,tak dapat pakwe yang kacak,tak mampu nak beli barang2 yang branded,yang penting bersyukur apa yang ada.kalau dah rasa down sangat,cuba fikir orang yang lagi susah dari kita.dan semestinya yang paling penting kita dilahirkan sebagai seorang islam yakni islam itu agama yang benar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan 
sesuai dengan kesanggupannya, Ia mendapat
pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya 
dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang
dikerjakannya. (Al-Baqarah : 286) "

so guys,jangan mudah sangat mengeluh sebab mengeluh tu takkan membawa faedah melainkan kita sendiri mencari jalan untuk selesaikan sendiri masalah,selain meminta bantuan dan keberkatan dari yang maha esa.(:

No comments: