Friday, November 19, 2010

cinta


kerapkali aku mendengar sesetengah hati meluahkan perasaan,

'kenapa orang yang kita nak kita tak dapat,orang yang kita tak nak datang
dengan mudah'..

mungkin ada hikmah disebalik rezeki yang datang mahupun yang dicari,lelaki yang dikejar itu mungkin bukan yang terbaik buat kau,mahupun lelaki yang datang adalah jodoh kita,ajal,jodoh semua ketentuan kita,hak kita adalah untuk mendoakan sesuatu yang terbaik buat diri sendiri dan sekeliling.

Wahai Wanita Solehah
Jangan risau akan jodohmu
Kerana Muslimin yang bijaksana itu
Tidak akan terpaut pada wanita
Hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman,
Pada bicara manja yang menggoda
Atau pada pujuk rayu seorang wanita
Yang meruntuhkan imannya

Sesungguhnya lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita
Andai belum sampai jodohmu
Anggaplah bahawa lelaki yang engkau nantikan itu
Sedang membina sahsiah kepimpinan
Bagi memimpin dirimu
Kerana pada wanita itu
Pasti ada kekurangan dan
Lelaki yang benar-benar layak
Pasti akan hadir untuk melengkapkan kekuranganmu………

No comments: