Sunday, October 24, 2010

rahsia 4

Ketika sibuk menekan-nekan butang lift besamasama adikku semalam di hospital putra specialist selepas melawat jiran kami yang sakit di sana,tiba terdetik hati untuk mengenakan adikku,noan,

‘noan,tingkat 10 ni untuk ape?’tanyaku sambil tersenyum.

‘entah,..

‘tau tak,tingkat 10 ni untuk letak mayat hahaha,jawabku sambil tersenyum selepas melihat ketakutan di raut mukanya.

‘mana ada,kalau hospital specialist,dia tak simpan mayat,terus kebumi,sampuk ibuku.,

Sementara noan ketawa ,mengembalikan paku buah keras.

‘mak kenape lift ni takde nombor 4?’tanyaku,pelik nombor 4 digantikan dengan nombor 3A.kan lebih baik ikut aturan,senang orang nak faham.

‘3A tempat orang simpan fail kan bang,?;Tanya ibuku kepada ayah

‘errm,kenapa takde nombor 4?’tibetibe ayahku bertanya,kami hanya senyap dan aku kosong untuk memberikan jawapan yang logic.ape ye?entahlahhh..

‘taktau,kenapa ayah?’tanyaku pula

Tibatiba lift dinaiki kami dimasuki beberapa orang yang berbangsa cina.ayahku langsung tidak menjawab soalanku,rasa ingin tahu semakin menebal.ingin bertanya lagi malu kerana kehadiran orang luar di situ.aku hanya mendiamkan diri,mungkin ayah aku sedang memikirkan sebab2 yang munasabah di atas soalan yang diberikan.
Lift berhenti dan keluar beberapa orang cina tadi.setelah pintu ditutup,ayahku menjawab soalan kami.

‘sebab orang cina tak suke nombor 4..’jawab ayahku.

‘kenape ayah?’

‘sebab mereka percaya nombor 4 bawak ‘suwei’(lain kata bawak malang)

kami hanya mengagguk,kadang2 aku terfikir,hospital ini milik orang bangsa mereka ke sehinggakan sensitiviti mereka amat diutamakan,apa agaknya yang mungkin diperkatakan oleh bangsa lain yang langsung tidak tau menahu tentang perkara ini.yang mungkin akan membawa kesusahan kepada sesetengah pihak,kalau mereka rasa tak mahu tinggal di lvl 4,bagi sahaje bangse lain tinggal di level tu.ape susah~haih

No comments: