Wednesday, December 28, 2011

people

Salam,

alhamdulillah,semalam selamat sampai ke rumah dari pd,mak aihh gila ramai orang holiday di tiara beach resort,dekat thistle pun boleh tahan.gambar still dalam camera,malas nak upload lagi,post-pone dulu yo.

ni aku nak cerita tentang masalah orang zaman sekarang,time otw balik memang jammed dkt dpn ozana height,time tu mmg da nak smpai rumah dah boleh pulak *jembot* kan (mak aku punya vocab if jalan sesak),so depan kereta aku adalah satu kereta VIVA WARNA BIRU METALLIC,*please alert* tiba-tiba baling bekas plastik minuman keluar dari kereta through tingkap.masa tu memang kitorang agak terkejut,yelahh tiba-tiba ada benda terbang kan,even tak kena kereta ayah aku tapi still aku rasa macam KURANG AJAR SANGAT!kau ni orang malaysia kee?haa,sebenarnya aku memang geramm menyirap darah,memang tak bertanggungjawab betul,mesti dekat sekolah sivik failed.=.=

so,aku dengan beraninya pergi depan tekan hon kereta ayah even time tu ayah aku tengah driving.parents aku memang shocked tgk reaksi aku,then aku hon banyak kali tapi kereta tu still buat derkk*muka tak tahu malu*last bila sampai dekat traffic light merah ayah aku potong kereta VIVA WARNA BIRU METALLIC*please alert*aku pun usha lahh sape yang ada dalam kereta tu,rupa-rupanya orang melayu jugak,HAMPEH!time tu tengah red light kan then aku bukak tingkap,kebetulan mamat tu pun tengah menghirup udara segar,aku pun jeritlah

"assalamualaikum bang,kalau dah takde duit sangat nak beli tong sampah saya boleh bagi duit,elaun saya banyak lagi ni haa,saya boleh beli 10 tong sampah utk abg"

mak aku dah panggil aku suruh tutup tingkap,ayah aku gelak je,adik aku nyorok2 bawah sit belakang,ape aku peduli,apa dia ingat pak cik yang kutip sampah tu kuli batak dia ape?dalam kereta tak boleh blah siap letak bag kertas brand *** saja nak show off beli barang branded,eh hello ! setakat brand *** ada aku kisah ke?lainlah LV,GUESS,BURBERRY,DKNY,nak buang sampah seciput tu pun susah.abang tu dengan seisi ahli viva tu terkulat-kulat,aishh ada jugak aku tulis plat number dia kat sini kannn.tapi takpelah,mcm mengaibkan pulak.dia abang tu terus say sorry lepas tu cakap tak buat lagi.mujurlah time tu kereta tak banyak sangat yelahh kalau tak malu jugak aku buat freeshow atas jalan kan.hehe (;

aku peliklah orang zaman sekarang,memang kurang-kurang sensitiviti,especially melayu yang beragama islam,memang pelik.buang sampah pun boleh macam tu je,ya allah,jauhkanlah aku,keluargaku dari perkara2 yang merendahkan akhlak kami.amin.
*ayam kuning bkn lagi comel dr ayam hitam ke?*haha

ada satu lagi perangai orang zaman sekarang,discrimination.tadi aku dengan parents aku pergi town beli baju sekolah amie & noan,dah nak naik sekolah kan,berpusu-pusu lah cari beg,kasut,baju,then mak aku pulak nak pergi menang glassware nak ambilkan stok untuk jiran,tiba dekat depan hattan square jembot lagi,aduh melaka memang selalu jembot especially dekat area dp,mp.then aku perhatikan ada satu scene,ada satu taxi ni dah tunggu turn lama nak parking kereta depan maybank,bila ada satu kereta keluar taxi ni pun nak masuklah,then ada satu kereta bmw tiba2 speed masuk dalam parking kereta tu,both chinese tak silap,taxi & bmw,then uncle taxi tu keluar kereta suruh chinese bmw keluar sbb dia dah tunggu lama,aku rasa mcm nak keluar kereta then halau bmw tu keluar,amboi banyak cantik ingat bila ada bmw satu dunia ni kau punya ke???lepas tu ada satu polis ronda ni datang bila tengok mcm ada problem between 2 chinese ni,then last2 bmw tu yang dpt park,gilee ke?jgn rasuah2 bang,nnti kena masuk mahkamah,haha.kesian pakcik tua taxi tu,dahlahh tua,taxi pun mcm dah nak expired,geram aku dengan cina bmw,sape2 yang ada bmw jangan harap aku nak kahwin dengan dia,hahah*apahal pulak *??

haih mcm-mcm ragam org zmn sekarang,aku taknaklah jadi orang tengah kang takpasal aku kena tarik sekali dalam problem tu,sendiri mau ingatlahh.lagi satu harta tu tak kemana,last2 kita mati tu semua milik pencipta,dari kau tunggang-terbalik cari harta,baik kau korek ilmu,sebab ilmu boleh cari harta,tapi harta?buat kau sakit adalahh.

adios,salam.