Friday, October 7, 2011

k-drama

salam,

agak-agak if aku blogging ni mesti takde modal lain aku nak story,balik-balik korea,lepas tu cakap hal agama sikit lepas tu korea,hmmm,dah terbukti yang aku ni memang tak tahu nak cari modal cakap sebab bukan debater kan*haha apesall lah pulak??!*

so fyi,sekarang ni 'm hvg my long-sem-vacation,hoyeahhhh!*so setelah berbulan-bulan aku puasa dekat 'sekolah' dari tengok korea *sbb nak final kan* di rumah lah tempat aku melepaskan segala kerinduan&kesyahduan,start prepare stok tisu dalam bilik sebab aku dah bajet cerita korea apa aku nak tengok malam-malam,takda feel la dong tengok pagi2 buta&petang,time tu feeling tak sampai lagi.if kau nak jerit,melalak,haa takda siape yang peduli.haha.

semua org expect bila tengok k-drama(drama korea)je balik2 cerita jiwang karat,lepas tu mesti lelaki tu kayalah,anak 'chaebol' lah (pewaris harta mak-bapak),perempuan tu bertukar jadi lakilah,tu antara observation yang aku dapat mostly dari opinion org lain,dan dieorang takkan/tak gemar/possibility nak tengok tu kurang if hero/heroin dia tak comel/ xhensem/xkaya/xlawa/xbergaya & segala perwatakan positif yang boleh menghidupkan watak hero/heroin tu sendiri.

dan sebenarnya (macam lagu yuna pulak-.-')tak semua cerita korea adalah jiwang semata mahupun jiwang karat,ada jugak drama yang kurang jiwangnya tapi banyak moral disebalik cerita tu,contohnya..

CITY HUNTER



aku rasa city hunter ni adalah banyak2 drama yang aku tengok ada faedahnya.dan aku rasa pemimpin kat negara kita ni patut tengok drama ni kalau nak belajar situasi yang selalu berlaku dalam negara contoh macam seludup duit,orang &segala masalah yang dilakukan pemimpin yang pecah amanah.aku rasa 1st attraction org tengok drama ni sebab lee minho je,muahaha!,tapi overall memang daebak lahh kan drama ni,selain dari kasih2 sayang ibu & anak,macam mana hidup seorang mak tersiksa sebab kehilangan anak kandung sendiri sejak kecil,kisah percintaan minho & minyoung-terpaksa korbankan perasaan utk menjaga nyawa orang yg dicintai,yang penting perasaan setia&amanah utk menjaga kehormatan negara.yang aku respect drama ni adalah time city hunter(orang yang menegakkan amanah)track pemimpin yang hampeh ni then macam mana dieorang plan nak culik tanpa identiti dieorang diketahui,teknologi yang dieorang gunakan sangatlahh wow unbelievable & of course lah kan one of the city hunter adalah lee minho(:

Scent Of A Woman








next,hahaha,gambar leedongwook lah yang aku letak dalam facebook tuh sebab hensem sangat,haha,first time tengok drama ni dengan roomate aku kitorang menjerit sebab hensem melampau *hiberbola sangat kan!'cerita ni memang best,yaa,bukan setakat best sebab love-story je tapi dia best sebab macam mana kau nak face reality yang kau sebenarnya ada cancer & worst stage.duhh,kalau aku memang dah..haa entahlahh.tapi yang sakit nya bukan hero tapi heroin nya.heroin tu mula2 memang taklawa,comot selalu kena buli dekat tempat kerja,dapat lagi sexual harassment lepas tu tup2 dapat lagi penyakit.memang sakit.& one day dia terserempak anak presiden tempat dia bekerja,that is leedongwook.bawak ferrari lagi tuhh,mane kau tak melompatt kann(alahh perempuan biasalahh).heroin tu pun dah tertarik dengan anak presiden tu tapi hanya mampu pendam perasaan sbb dia tahu hero tu takkan tertarik dgn dia.then start lepas tu macam mana dia buat bucket-list (buku yang ada wishlist)before dia mati & antaranya ialah berkahwin dengan orang yang dia suka,macam mana dia makover-personality,dan yang penting cara dia gembirakan mak dia sebelum dia mati.cerita ni agak baru habislah dekat SBS,kiranya memang tak ketinggalan zamanlah if nak tengok.


It's okay,daddy's girl






start2 tengok tajuk pun dah tau cerita ni macam mana,yup mestilah cerita sedih,macam mana spoiled daughter yang selalu menyusahkan bapak sendiri,balik2 oversea terus mintak beg tangan sebijik.nanti kau taulah mcm mana anak yang selalu bergantung pada bapak then one day ayah dia terlibat in accident & dia belajar utk jadi matang dan kuat.aku rasa drama ni sesuai utk anak2 manja tu yang xtau nak berdikari lagi tu.(macam aku jugaklah kan.haha).mula2 tengok macam nak tido pun ada sebab agak dull lahh kan,sebab flow cerita dia sangatlahh sloww alah biasalah kan,mukadimah,tapi start ep2 dan seterusnya bermulalah kisahnyaa.cerita ni dapat attract orang sebab ada donghae( super junior),min hyuk (cnblue),ji hyun (4-minutes) tapi overall okaylah even mainpoint nak tunjuk pasal kasih sayang between anak&ayah je.

miss ripley







drama ni memang background sedih & cerita pun sedih.kisah tentang seorang budak perempuan (jang miri) yang ditinggalkan emak dia yang ikut laki lain yang loaded then ayah dia pulak mati,so dia dihantar ke rumah anak yatim tapi realitinya dia bukan anak yatim sbb emak dia still hidup lagi.aku takfahamlah kenapa mak dia mata duitan sangat sampai nak kejar laki lain lepas tu tinggalkan anak dia yang kecik lagi hidup sorang2.jangmiri end-up jadi pelayan dkt nightclub di jepun then one day dia tekad nak berubah so dia pun lari tinggalkan bapak ayam dia kat jepun tu lari ke seoul,korea.di korea lah kisah jangmiri bermula bila dia terdesak nak survive hidup then sanggup menipu tentang identiti sendiri.sanggup mempermainkan perasaan lelaki,curi sijil belajar kawan dia then rampas kekasih etc...then mcm mane dia nak face reality yang ibu angkat orang yang dia cinta (micky yoochun (: )adalah ibu kandung dia yang tinggalkan dia masa kecik2 dulu and mcm mne dia nak hadapi bila semua penipuan dia terbongkarr.one thing yang aku respect pasal heroin drama ni is if dia nakkan sesuatu dia akan dapatkan jugak tapi salahnya bila cara dia tu adalah salah.

shining inheritance









to be frank,drama ni baru semalam aku habis tengok.haha.padahal drama ni released dkt sbs tahun 2009.aku menghadap dari petang sampailah pagi keesokan harinya non-stop.mana taknya,biasa standard drama korea ada 16ep,tapi kali ni ada 28ep,memang sakit kepala aku tengok tapi mujur storyline dia takde lah meleweh-leweh sangat.drama ni aku admit memang best.full-package mostly semua aspect ada,dari kekeluargaan,setiakawan,kesetiaan,kejujuran (mcm nak buat sinopsis dlm buku nilam pulak kan (-.-').kisah pasal seung-mi anak perempuan seorang ahli perniagaan yang terpaksa menerima kenyataan yg syarikat ayah dia bankrupt then kematian ayah dia yang berlaku dalam satu masa sejurus dia baru pulang belajar dr oversea.lepas tu mak tiri dia pulak halau dia dari rumah & ambik duit insurans kematian ayah dia.memang sedihlah kan tiba2 jatuh miskin lepas tu dia nak kena jaga adik lelaki dia yang autism.then dia cari kerja dekat nightclub,jual makanan tepi jalan,kerja dekat restoran untuk sara hidup.lepas tu macam mana dia telah selamatkan seorang nenek tua yang jatuh dari tangga dan sebenarnya nenek tua adalah presiden sebuah syarikat makanan terbesar dekat korea.haa,amekaw.memang bergolek rezeki dia lepas tu bila presiden tu serahkan semua harta kekayaan,saham,syarikat,aset pada seung-mi.lepas tu startlah cabaran dalam hidup dia nak hadapi tentangan dari ahli-keluarga presiden tu sendiri..

actually banyak lagi ni,banyak sangat tapi nak tercabut tulang jari menaip.*jangan hiraukan typo*haha.so,nak layan k-drama tu boleh je tapi jangan sampai overdose pagi-petang-siang-malam menghadap laptop,kerja rumah pun kena buat jugak.haha.sendiri fikirlah bila masing2 dah matang utk jaga diri sendiri kan.(:,adios,salam.