Friday, March 18, 2011

second chance

aku memang tak berfikir panjang kalau membuat sesuatu perkara yang aku yakin aku akan gembira dengan kejayaan yang aku kecapi contohnya:ehemehem,wajiblah semua orang akan score dalam paper bm kan time spm,tak kisahlah korang dapat berape asalkan A-,A,or A+,duludulu time secondary school,time exam memang aku malas nak bukak buku.alasan:sebab taktau nak bace ape & yakinlah konon boleh score A dalam exam.sehinggalah beberapa kejadian yang berlaku,tapi agak memalukan jugak -,-

1-aku memang suka peribahasa sebab senang nak ingat,dan aku rasa part pribahasa aku senang nak score,al-kisahlah ada satu exam,aku tak berape nak ingat form berape,ade 2 soalan isi tempat kosong,aku pun dengan yakin sepenuh hati jawab soalan tu.siap boleh tergelak sebab senang sangat *riak tuu!~,haha,bila time cikgu nak pulangkan paper,tibe-tibe.

'selama saya mengajar,saya tak pernah lihat pelajar pintar yang mampu
membuat peribahasa sendiri time exam..'

semua orang tergelak,aku pun join skali gelak.memang tak sedar
diri betul.

'cube dengar ni,masuk kandang lembu mengembek,masuk kandang kambing menguap'..
saya rasa saya tak pernah ajar awak peribahasa ni..

semua orang tergelak,aku dah start rasa something wrong dengan peribahasa tu,cepat2 aku bukak buku tengok,alahai malunya.macam manelah aku boleh careless,padahal common quote je tu.lastlast,aku pun gelak sekali sebab nak cover malu,buat2 tak tahu tak nak mengaku sebab cikgu suruh cari sendiri student yang buat silap tu.btw,hai korang,akulah student wanted tu,haha:)

2-time f5 tak silap aku,cikgu bagi exercise and then potong kemas2 tampal dalam buku,*macam budak darjah 1 gituu kan*haha,tapi still ade fill in the blanks.so,kan ade soalan quote,aku memang tak pernah belajar dr kesilapan,& aku rasa takkan kot -,-,dah siap hantar kat cikgu & tanda.tibe tibe cikgu gelak.

cik najihah ye,jauhari memang tak pernah kenal dengan encik maniam..
semua orang terbangak,ade yang dah tergelak sampai jatuh kerusi.

'ni awak tulis manakan jauhari mengenal maniam...'
cikgu tu pun tergelak jugak,malu aku,memang kali ni aku kene sebijik2
dengan cikgu,haih.

3-time tuisyen sementara isi cuti akhir tahun f4,aku ambil semua subjek termasuklah bm.ye bahasa melayu.kejadian berulang lagi bila cikgu buat kuiz,sape dapat jawab angkat tangan.akulah salah seorang yang paling kuat tepuk tangan sebab excited nak main quiz ni.tibe saat yang aku nantikan..
'cikgu,saya nak jawab..'
'ye najihah,bangun,jawapan...'

'urmm,lembu punya susu,tambhi dapat nama'..
cikgu dah berkeriut,agaknye die pelik ape yang aku merapu.

belakang aku ade beberapa org india,gelak macam hape je..-.-
'salah ye najihah,jawapan,lembu punya susu,sapi dapat nama'

aku speechless,mane aku kutip name tambhi tu?-;-,ni mesti orang yang duduk belakang aku ni,distract betul!lastlast aku dapat jugak coklat 2 bar,sedih gilaa sebab dapat jawab 2 je soalan betul,ciss,sampai sekarang aku cari budak 2 ekor belakang aku tu,siap korang.

so,conclusion,berfikir dahulu sebelum bertindak (:



4 comments:

fye said...

HAHAHAHA!


Sumpah lawak weh! Kesian gila thambi dgn maniam haha :D

JIEHA najihah ;D said...

sedih kott ;(..waaaaaa!!!!!!!!

mujur kat uia takde bm,hehe

Fiery Phoenix said...

kau nie memang buat aku gelak tak sudah tau tak.. ape kaitan la si tambhi ngan maniam tu dlm idop hang smpi kne quote masuk peribahasa,.. hehe

JIEHA najihah ;D said...

haha,semua tu kebetulan.spelling error &speaking error,haha:)